Di atas sebuah bukit, ada dua pemuda sedang menikmati senja dan melihat kejauhan.
"Kau tahu? Kalau mahu ke sana aku boleh pergi dengan hanya sebentar." Kata Azeem.
"Biar aku teka. Dengan motorsikal yang kau katakan tempohari?"
Iya, jawab Azeem.
Tapi kau tidak ada lagi motorsikalmu. Tidak di alam ini.
Iya. Alangkah bagus jika aku merentas masa dan membawa motorsikalku.
Kemudian mereka ketawa bersama.
Tapi jika ada motorsikal sekali pun, rasanya aku tidak boleh ke sana. Di sini tidak ada highway. Ketawa mereka pecah sekali lagi.
"Apa itu highway?" Tanya Muzaffar.
Azeem melihat Muzaffar dengan penuh kasihan. Alangkah kasihannya mereka ini hidup di zaman lampau, highway pun tidak mereka ketahui. Tapi kemudian Azeem berfikir sebenarnya dirinya lebih kasihan. Merentas masa dengan sebuah mesin. Kemudian tidak ada cara untuk pulang setelah mesin merentas masa kehabisan bateri. Entah bagaimana jurutera mesin itu mencipta sebuah mesin yang boleh merentas masa namun baterinya harus diisi dengan plug point yang diiktiraf SIRIM dan TNB.
Di sini ada generator? Kalau ada, aku boleh isi semula bateri mesin merentas masa ini. Dan kemudian pulang ke masa depan. Tanya Azeem.
Generator? Bagaimanakah ejaannya tuan hamba? Bermula huruf kaf? Atau jim?
Oh Tuhan. Kata Azeem, mengurut dada.
No comments:
Post a Comment